sudah kuagak
sudah kubilang pasti ada hati2 yang bakal terguris dengan tindak-tanduk sahabatku yang seorang ini… mendirikan rumah tangga memang menjadi tuntutan Islam, tetapi yang palling utama akad dan hebahnya… mengelakkan berlakunya fitnah dikemudian hari…. namun kegelojohan sahabatku disamping kekangan masa dan masalah kesihatan bonda tercinta buat mereka terlupa sehingga seolah2 membelakangkan orang2 tua yang menjadi ahli keluarga mereka sejak bermastautin di penempatan itu…. menyesal rasanya hati kerana tidak menimbangkan terlebih dahulu akan masalah yang akan mengundang apabila menghubungi ayahanda di kampung… mungkin bagi orang di luar sana mengapa perlu kami menjaga tepi kain orang lain… tetapi, pabila aku mendengar suara kekecewaan ayah, hatiku mengerti, betapa ayah menyayangi rakan2 yang membesar bersama2ku seperti anak kandungnya… terguris hati tua itu… sekurang2nya layangkanlah kad jemputan tanda hormat ke rumah, tanda hormat dan bukti adat ketimuran… malah bukankah itu juga satu hebah?… entah lah buat pembaca yang setia… perkahwinan itu bukan suatu perkara yang mudah yang boleh diambil enteng.. setiap s)udut perlu diperinci… bukan semestinya sempurna tetapi cukuplah jika ia memenuhi syarat… bukan majlis gilang gemilang bersama aluan kompang menjadi ukuran… tapi penghebahan maklumat yang cuba disampaikan… penyatuan merpati dua sejoli dalam ikatan suci itulah yang perlu disampaikan….(sampai bilakah aku akan terus menerus bersastera…. layan jelaaaa